Blog Kelab Taekwondo SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru memuatkan info berkaitan aktiviti-aktiviti dan kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh ahli-ahli Kelab Taekwondo SMK Taman Desa Skudai.
Followers
Thursday, November 25, 2010
Kejayaan Kelab Taekwondo (2006-2010)
- Kejohanan Bakat dan Remaja Peringkat Negeri Johor 2006
Tarikh : 3-5 Jun 2006
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang, Stadium Larkin, Johor Bahru
Kejayaan :
(i) Kugan A/L K.Mohan (4A)
– Kategori Light Heavy (B) – Pingat Perak
(ii) Tan Jia Guan (3B)
– Kategori Fly (B) – Pingat Perak
Tahun 2007
a) Kejohanan Taekwondo Peringkat Kebangsaan iaitu Second MTF National Junior Taekwondo Championship 2007
Tarikh : 29-31 Mei 2007
Tempat : Stadium Badminton, Cheras,
Kuala Lumpur
Kejayaan :
-Muhd. Ariff Tajuddin (2EK4)
- (Kategori Light Middle 51-55 kg)
- Pingat Gangsa
b) Kejohanan Taekwondo Bakat dan Remaja Johor 2007
Tarikh : 8, 9 dan 10 Jun 2007
Tempat : Dewan Bola Keranjang, Daerah JB
Kejayaan :
1. Muhd. Ariff Tajuddin (2EK4)
- Kategori Welter (54-58 kg)- Pingat Emas
2. Omer B. Mohd Nawi (2A)
- Kategori Fly (38-42 kg) – Pingat Perak
3. Muhd. Ridzuan B. Ishak
- Kategori Bantam (48-51 kg) – Pingat Perak
4. Jassper A/L Anamalasamy (5C)
- Kategori Heavy (78 kg) – Pingat Perak
5. Sri Narentheran A/L Nadarajan (5B)
– Kategori Light Middle (58-64 kg) – Pingat Gangsa
6. Sashivaraman A/L Rajan (5A)
– Kategori Feather (51-55 kg) - Pingat Gangsa
Tahun 2008
- Kejohanan Taekwondo Bakat dan Remaja Johor 2008
Tarikh : 28 dan 29 Jun 2008
Tempat : Dewan Bola Keranjang, Daerah Johor Bahru
- Dashaini A/P Karuppiah Mohan telah terpilih menjadi pengadil dalam kejohanan ini
Kejayaan :
1. Mohd. Khairul Faizal (3KP2)
- Kategori Fin (B) – Pingat Emas
2. Abd. Rahman bin Mohd. Nawi (5A)
-Kategori Light (C) – Pingat Gangsa
3. Omer bin Mohd. Nawi (3KP1)
-Kategori Fin (B) – Pingat Gangsa
4. Dineshwaran A/L Krishnan (2ES1)
- Kategori Fin (C) – Pingat Perak
5. Mohd.Arif Tajuddin (3EK4)
- Kategori Welter (C) – Pingat Gangsa
Tahun 2009
- Kejohanan Taekwondo Bakat dan Remaja Johor 2009
Tarikh : 30 dan 31 Mei 2009
Tempat : Dewan Bola Keranjang, Daerah Johor Bahru
Kejayaan :
1. Puvaneswaran A/L Ramasamy (4C)
– Kategori Light Middle (15-18 tahun)
– Pingat Gangsa
Tahun 2010
- Kejohanan Taekwondo NRK dan Evolution Tertutup 2010
Kejayaan :
Tarikh : 5 dan 6 Jun 2010
Tempat : Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
1) Puvaneswaran A/L Ramasamy (5UKM)
- Kategori Lelaki Terbuka (58-62 kg) Bantam – Pingat Perak
- Kategori Lelaki 15-17 Tahun (59-63 kg) (Welter)- Pingat Gangsa
2) Dineshwaran A/L Krishnan (4UM)
Kategori Lelaki 15-17 Tahun (48-51 kg) Bantam – Pingat Gangsa
3) Priyathasni A/P Erriah
-Kategori Perempuan 15-17 Tahun (46-49 kg) Feather
- Pingat Emas
VISI & MISI KELAB TAEKWONDO
Cergas dan cerdas sepanjang masa
MISI KELAB TAEKWONDO :
Mempertingkatkan tahap disiplin pelajar melalui unit beruniform
Sejarah Taekwondo
Dalam bahasa Korea, Tae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna "menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
Taekwondo mempunyai beberapa warna tali pinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini.
Setiap tali pinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Tali pinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10 peringkat bagi WTF. Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil "Dan". Pemegang 10 Dan hanya ada 5 orang sahaja di dalam dunia dan mereka semuanya berketurunan Korea.
Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 Dan, mereka layak untuk membuka kelas atau akademi sendiri. Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya:
• World Taekwondo Federation (WTF)
• International Taekwondo Federation (ITF)
• Global Taekwondo Federation (GTF)
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah mata pelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.
ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.